Thursday, November 25, 2010

To My Beloved Future Husband

To my beloved future husband,

Hingga ke hari ini saya tidak tahu awak dah muncul dalam hidup saya atau belum…Bila kita jumpa nanti terima kasih kerana memilih saya dari berjuta bidadari di luar sana….Ketahuilah, saya bukan insan yang begitu sempurna dan sejujurnya penuh kekurangan….buat apa nak hipokritkan…kalau saya tak bagitau sekarang, lama-lama awak tau jugak kan… saya harap awak dapat mencintai kukurangan saya dengan penuh iklhlas… dan awak pun bukan la begitu sempurna…nobody perfect….Dan saya harap ketidaksempurnaan saya mampu menyempurnakan diri awk….kelak, awak dan saya akan menjadi ‘kita’…
Insyaallah~

My beloved future husband,

for your information, saya hidup dan dibesarkan dalam family yang bahagia, dengan penuh cinta serta kasih sayang…so, bila awak pilih saya untuk jadi teman hidup awk..Maka saat itu mereka berharap awak sanggup menjaga dan milimpahkan cinta awak pada saya sepenuh hati...

To my beloved future husband,

Saya tahu, awak memilih calon isteri setelah saya di short listed kan dengan 4 perkara, kerana agama,harta,keturunan dan kecantikan....
For sure saya beragama islam... Jadi, bimbinglah saya ke jalan yang satu, Jalan yang lurus walau jauh beribu batu…..so, setakat nk jadi imam untuk saya tak ada masalah kan… Paling tidak surah-surahJuz Amma pun jadilah.jangan la pula awak tau qunut pendek dan qunut panjang je…saya nak qunut lengkap,ok?

Jika harta yang awk mahukan, maka ketahuilah saya bukanlah orang kaya... Jika keturunan yang awak persoalkan, ketahuilah bahawa saya hanyalah manusia biasa dari keluarga yang biasa pula... Namun apa yang pasti... saya dari keturunan yang mulia, ayahanda adalah Nabi Adam as dan bunda Siti Hawa as.

Jika kecantikan yang awak dambakan saya tidak secantik erra fazira mahupun fasha sandha sebab diorang banyak duit, boleh pergi beauty treatment, buat manicure, pedicure and etc etc.... dan sayang, saya tak akan sentiasa nampak cantik di mata awak… Adakalanya awak akan melihat sy begitu jelik, mungkin kerana saya begitu sibuk menyumpurnakan bahtera kita nanti sehingga tidak sempat untuk pergi ke saloon or spa macam before kawin….

To my beloved future husband,

Secara jujurnya saya memang tak pandai masak… Setakat masak untuk diri sendiri tu lepaslah... Tapi, sayang jangan risau saya akan make sure sebelum kite jumpa, saya akan pndai masak... Tunggu ye saya berguru dengan chef wan.. Tapi nanti kalau terkurang garam ke,gula ke... Awak tegur la saya baik-baik ye…jangan la marah-marah saya…nanti kalau saya merajuk lari rumah mak, awak juga yang susah nak pujuk saya...

To my beloved future husband,

Untuk pengetahuan awak saya tak la demand untuk mintak itu dan ini dari awk....bukan saya nk minta rumah banglo kat Damansara Height ke...sebijik lamborghini murcielago ke, sebijik ferrari enzo ke...saya tak mintak suma tu janji kite hidup sederhana tapi kaya dengan kasih sayang dan cinta...awak...apa yang saya minta, jaga saya,bimbing saya, jujur dengan saya dan tak payah la gatal-gatal nak cari orang lain, ok...

To my beloved future husband,

Ketahuilah, saya tak sesabar siti Fatimah, ada kalanya awak akan melihat saya begitu marah, menangis dan yang tak terkontrol,biasa la hati perempuan kan lembut…itu lumrah, bukan saya mengada-ngada ok... Dan kerana saya hanya wanita biasa yang penuh dengan emosi... Maka, bersabarlah dengan perangai saya...Ketahuilah, saya tak sepandai siti aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajar saya, membimbing saya ke arah-Nya, walau kadang saya begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajar saya wahai suamiku.

My future husband,

Sampai sini jelah surat dinda buat kanda,
Lastly, sorry ye kanda jika dinda terkasar bahasa... hope to see u soon…

with Luv,
Liz TahirShah

2 comments:

Unknown said...

Very sweet....
Mana butang like ni

Unknown said...

wahhh....

Post a Comment