Sunday, December 12, 2010

Cerita Tijah dan Boyfriend mat salleh nyerr...

Tijah merupakan seorang gadis yang sangat cantik di kampungnya... Anak-anak muda di kampung itu, semua tergila-gilakan Tijah. Tapi Tijah tak melayan mereka-mereka kerana die mempunyai taste yang agak tinggi... Selepas tamat spm dan mendapat pangkat tiga.. Dia bercita-cita ingin bekerja di Kuala Lumpur akhirnya dengan bantuan Kiah teman sekampung yang lebih dulu menetap di sana dia pun berjaya mendapat pekerjaan sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di ibu kota. Baru sebulan mentap di sana, dengan muka yang boleh dijual tu....tijah mendapat boyfriend mat salleh. Nama dia Johny. Mereka sangat bahagia, dan tijah sangat mempercayai boyfriendnya. Pernah kawan-kawannya memberitahu boyfriend mat salleh nya curang tetapi tijah tidak mempercayainya...sampai la satu hari, tijah melihat Johny berpacaran dengan wanita lain di bandar...dengan hati yang hancur, dia menceritakan masalah nya kepada teman nya Kiah...

Tijah : Kiah...aku nampak Johny ngan perempuan lain kat bandar tadi...apa patut aku buat??

Kiah : Kan aku dah bagitau kau, dia memang x boleh percaya. lebih abik kau putus dengan jantan tak guna tu...

Tijah : Tapi macam mane Kiah? aku tak nk jumpa dia lg...

Kiah : Kau tulis la surat kat dia...

Tijah : Aku tak tau nak tulis orang putih kiah...

Kiah : abis, sebelum ni...ko ngan dia macam mane?

Tijah : sebelum ni.. ape dia cakap..aku angguk je...yang aku tau...yes,no,orite, thank u,bye-bye..tu je kiah...

Kiah : xpe Tijah, aku boleh tolong ko...aku kan amik kelas malam bahasa inggeris. Apa guna kalau perkara macam ni aku tak boleh tolong...

Tijah : pandai ek ko Kiah, mesti mak ko bangga dengan kau..camni, aku tulis dalam bahasa melayu ape aku nk cakap eh..pastu ko tolong aku eh tukar dalam OmPutih eh...

Kiah : Senang je tu Tijah, hah...ko tulis la cepat...

tijah pon mula mengarang suratnya...

sayang,
Motif saya menulis surat ini adalah untuk memberi tahu sesuatu... SAYA INGIN MEMUTUSKAN HUBUNGAN KITA... Saya telah memikirkan hal ini masak-masak... Saya tahu saya hanya bertepuk sebelah tangan...sebenarnya, saya telah melihat awak bersama perempuan lain kat bandar dengan mata saya sendiri...dah berulang kali awak minta maaf...saya tidak percaya awak lagi! kawan-kawan saya bagitahu awak bermain tiga kayu...

Sekarang saya tahu awak benar benar bermain tiga kayu...! jadi, saya putuskan untuk menarik diri dari cinta tiga segi ini.saya tahu keputusan yg saya ambil ini betul, sebab awak mencintai dia lebih tinggi dari saya... jadi, saya putuskan untuk pergi jauh dari sini... semoga bahagia. ... ...

Tijah

Setelah selesai tijah menulis suratnya dia pon memberi kepada kiah utk men translate surat itu...ni lah hasil setelah di translate oleh kiah..


Sweetheart,

My motive write this letter is to give know you something.... I WANT TO CUT CONNECTION US... I have think about this very cook.... I know i clap one hand only...Correctly, i have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back... I don’t trust you again!!!My Friend speak you play three wood...

Now i know you correct correct play three wood. so, i break off to pull my body from this love triangle.I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far from here….Safe live……

Tijah

Dengan bangga nya Kiah memberi surat yang telah di Translate itu kepada Tijah...Kemudian mereka berdua pergi ke pajabat pos untuk mengirim surat itu kepada Bf mat salleh Tijah... dan Tijah sangat terhutang budi dengan Kiah kerana membantunya menulis surat itu...

0 comments:

Post a Comment