Friday, March 4, 2011

CuTi PuTuS CinTa

Cinta? Kalau korang perasan..banyak post kat blog aQ ni berkaitan cinta ....Tapi...ape maksud cinta yang sebenarnya?? cinta mula di tafsir dan di berikan definisi sejak dulu lagi...cinta adalah anugerah...semua orang serasai cinta setiap hari...Cinta adalah tarikan emosi yang dikongsi bersama pasangan berteraskan kepercayaan dan kasih sayang untuk memenuhi matlamat hidup bersama....cinta indah bila memilikinya....tapi seksa kalau kehilangan nya....sebab tu orang yang putus cinta smpai ade yang sanggup bunuh diri...Tapi, kat Negara Jepun...kalau kita putus cinta...kita dapat cuti...Wah...betul ke? tak caya, cube try bace keratan akhbar kat bawah ni... nanti korang akan dapat jawapannya... :)
 
  
 

Semakin Hari Semakin Jauh

Sahabat....
Semakin hari kita jauh...
Jauh meninggalkan kenangan yang pernah kita lalui bersama...
Orang kata, Lelaki dan perempuan tak boleh jadi sahabat yang baik...
Peduli orang kata, kita tau apa kita rasa....
Tapi sekarang persahabatan kita tak seindah dulu...
Bila kau mula menyukai aku...bukan niat aku menolak diri mu...
hatimu milik mu...Aku tak berhak menghalang perasaan itu...
Tetapi kau juga perlu ingat...Hati aku juga milikku...
Aku selesa kita sekadar bersahabat....
Seperti dulu..tiada rahsia antara kita....
Terima kasaih kerna selalu membantu aku bila aku susah...
Tetapi...kini, semuanya berubah...
Aku semakin rimas dengan keeenah mu...
Perlukah kau sentiasa mengekori aku???
aku punya hidup sendiri...kau pun bebas memilih hidupmu...
aku doakan kau akan menemui cinta yang kau cari-cari...
Semoga kau bahagia selalu....

Friday, December 17, 2010

JODOH is the Process of HardWork.......Setuju Tak???

 

Dulu kan, aku selalu ingat Jodoh tu….kite kena cari….betul…jodoh memang kena cari…tapi, jodoh yang dicari selalu akan pergi…dulu, aku rasa, JODOH is the process of hardwork… usaha,usaha dah usaha..itulah jodoh…sampai status kt fb aku dulu pun aku letak statement ni….tapi, sebenarnya….jodoh allah dah pon persiapkan untuk kita sejak azali lagi. Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba itu sendiri..,, Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, Kalau dah di tetapkan jodoh kita, terimalah dia dengan hati yang ikhlas. Pernah teman aku cakap kat aku, jodoh adalah dimana kita menerima pasangan bukan mengubah pasangan. Doa-doalah semoga aku & korang2 yang bace blog aku ni…mendapat jodoh yang baik2…amin~


Kalau nak dekatkan jodoh....amalkanlah doa kat atas tu....antara korang2 kan..ada tak someone yang korang nak sangat dijodohkan dengan dia....kalau tak ade jodoh pon....degil!...saya nak dia jugak!!nak dia jugak!!nak jugak....tak nak orang lain....nak dia je...hah...kalau ade, korang ley mintak kat Tuhan macam ni.........

Ya Tuhan,
Kalau Dia memang jodohku,
Dekatkanlah…..

Jika dia Tidak berjodoh denganku…
Maka jadikanlah kami jodoh….

Kalau dia bukan jodohku
Jangan sampai dia mendapat jodoh yang lain selain aku…

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kalau dia tidak bisa jodohkan dengan ku
Jangan sampai dia mendapat jodoh yan lain

Biarkan dia tidak berjodoh seperti diriku
Dan saat dia tidak memiliki jodoh........

Jodohkanlah kami kembali
Kalau dia berjodoh dengan orang lain

Putuskanlah! Jodohkan dia dengan ku
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain….
Pastikanlah Ya Tuhan….
Kalau orang lain itu adalah aku…………

Amin...amin...Ya Rabbal alamin~


Cinta Yang Tak AdiL

Siang tadi….aku call bestfren aku yang lama menyepi….menghilang kan diri…katanya ingin mencari ketenangan….putus cinta ke??mungkin…tak nak la tanya lebih-lebih…sebab dia pon macam xtak sedia untuk share kat sape-sape lagi…die tanya kenapa kegagalan selalu singgah even kite dah berusaha…..dan cinta selalu tak adil…perasan tak, kadang-kadang orang yang kite suka….dia x suke kita….orang yang kite tak suka….die tergila-gila kan kita….tapi ade jugak orang dapat cinta yang diorang nak….cinta…couple bertahun-tahun akhirnya putus jugak….tak adil kan cinta….kenapa tuhan cipta cinta yang tak adil???ntah ek…bile member aku Tanya….aku jawab la ikut ape aku rasa….tak tau la korang2 bersetuju ke tak..ok..ni jawapan aku kat dia…


Tuhan mungkin nak uji kita….sebab cinta akan buat orang kecewa…..bila kecewa datang singgah, time tu la kita bru nak ingat tuhan…..bila kita asyik bahagia…..kita lupa kat DIA….bile kite dah selesa kat atas, kita lupa nak tengok-tengok kat bawah….betul x??bila kecewa…gagal…baru kita sedar….Cinta yang sepatutnya kita beri padaNYA…cinta pada manusia, tidak boleh melebihi cinta pada Pencipta kita, Allah s.w.t.




Wednesday, December 15, 2010

Di mana cantik nya seorang wanita di mata lelaki?

Di mana cantik nya seorang wanita di mata lelaki?
cantik?bagi aku definisi cantik sangat subjektif...tak semua yang aku nampak cantik...cantik di mata kamu.....Contohnya, ada seorang teman aku cakap Lisa Surihani lagi cantik dari Heliza af...tp sebaliknya di mata aku...Heliza lagi cantik...so, benda ni pendapat masing-masing....
adakah cantik di ukur dari sepasang mata yang cantik?yang bundar?redup setiap mata memandang?atau jelingan yang menusuk kalbu?mungkin juga di ukur dari bibir yang cantik menawan yang sentiasa menguntum senyuman kepada si dia...atau mugkin pada suara yang merdu bak buluh perindu??Apa yang pasti setiap wanita mempunyai keistimewaan masing-masing..
Dan sesungguhnya juga wanita itu diciptakan Allah S.W.T penuh dengan keindahan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ok, kt sini aku nak share beberapa tips untuk kite sama-sama kelihatan cantik.....


Kalau Kita nak bibir yang seksi menawan....
Tak payah pkai lipstik ( tapi kalu nk pkai lips ice pon bole...~ (,"))
First....kita kena selalu lah memberi ucapan yang baik-baik....kata-kata yang baik tu akan sendiri nya membentuk peribadi kita...dan orang akan nampak kita cantik...


Inginkan mata yang cantik menawan dan indah
Bukan hanya mencalit eye shadow or eye liner.. tapi sebenarnye adalah dengan mencari dan memandang kebaikan....Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia...kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat datang....sebab tu ada pepatah cakap, "Dari mata turun ke hati ".


Nak dapatkan bentuk badan yang langsing dan menawan. ..
bukan dengan berdiet semata-mata or ikut sesi pelangsingan badan...
(tapi kalau banyak duit, and tak tahu nak watpe dgn duit tu...ape salahnye..hehehe)
Ok,Kalau kite berdiet,tak salah pun...Janji tak memudaratkan diri kita. Tapi...apa kate kite sedekahkan makanan kita pada orang yang kelaparan dan lebih memerlukan...


Kuku yang cantik berseri...
kalu nak kuku berseri, tak payah g manicure or padicure....or pkai pewarna kuku yang ntah ape-ape tu....ingat cantik sangat??kalau nak kuku yang cantik tu....potong la setiap ari jumaat...

Sabda Rasulullah s.a.w, barang siapa yang memotong kukunya pada:

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Lastly, sebenarnya...kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya...Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwa dan hatinya,...yang penuh denagn kasih sayang, perhatian dan cinta ....Percayalah dan Yakinlah...Kita semua cantik...peduli orang kata~ <3

Sunday, December 12, 2010

Cerita Tijah dan Boyfriend mat salleh nyerr...

Tijah merupakan seorang gadis yang sangat cantik di kampungnya... Anak-anak muda di kampung itu, semua tergila-gilakan Tijah. Tapi Tijah tak melayan mereka-mereka kerana die mempunyai taste yang agak tinggi... Selepas tamat spm dan mendapat pangkat tiga.. Dia bercita-cita ingin bekerja di Kuala Lumpur akhirnya dengan bantuan Kiah teman sekampung yang lebih dulu menetap di sana dia pun berjaya mendapat pekerjaan sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di ibu kota. Baru sebulan mentap di sana, dengan muka yang boleh dijual tu....tijah mendapat boyfriend mat salleh. Nama dia Johny. Mereka sangat bahagia, dan tijah sangat mempercayai boyfriendnya. Pernah kawan-kawannya memberitahu boyfriend mat salleh nya curang tetapi tijah tidak mempercayainya...sampai la satu hari, tijah melihat Johny berpacaran dengan wanita lain di bandar...dengan hati yang hancur, dia menceritakan masalah nya kepada teman nya Kiah...

Tijah : Kiah...aku nampak Johny ngan perempuan lain kat bandar tadi...apa patut aku buat??

Kiah : Kan aku dah bagitau kau, dia memang x boleh percaya. lebih abik kau putus dengan jantan tak guna tu...

Tijah : Tapi macam mane Kiah? aku tak nk jumpa dia lg...

Kiah : Kau tulis la surat kat dia...

Tijah : Aku tak tau nak tulis orang putih kiah...

Kiah : abis, sebelum ni...ko ngan dia macam mane?

Tijah : sebelum ni.. ape dia cakap..aku angguk je...yang aku tau...yes,no,orite, thank u,bye-bye..tu je kiah...

Kiah : xpe Tijah, aku boleh tolong ko...aku kan amik kelas malam bahasa inggeris. Apa guna kalau perkara macam ni aku tak boleh tolong...

Tijah : pandai ek ko Kiah, mesti mak ko bangga dengan kau..camni, aku tulis dalam bahasa melayu ape aku nk cakap eh..pastu ko tolong aku eh tukar dalam OmPutih eh...

Kiah : Senang je tu Tijah, hah...ko tulis la cepat...

tijah pon mula mengarang suratnya...

sayang,
Motif saya menulis surat ini adalah untuk memberi tahu sesuatu... SAYA INGIN MEMUTUSKAN HUBUNGAN KITA... Saya telah memikirkan hal ini masak-masak... Saya tahu saya hanya bertepuk sebelah tangan...sebenarnya, saya telah melihat awak bersama perempuan lain kat bandar dengan mata saya sendiri...dah berulang kali awak minta maaf...saya tidak percaya awak lagi! kawan-kawan saya bagitahu awak bermain tiga kayu...

Sekarang saya tahu awak benar benar bermain tiga kayu...! jadi, saya putuskan untuk menarik diri dari cinta tiga segi ini.saya tahu keputusan yg saya ambil ini betul, sebab awak mencintai dia lebih tinggi dari saya... jadi, saya putuskan untuk pergi jauh dari sini... semoga bahagia. ... ...

Tijah

Setelah selesai tijah menulis suratnya dia pon memberi kepada kiah utk men translate surat itu...ni lah hasil setelah di translate oleh kiah..


Sweetheart,

My motive write this letter is to give know you something.... I WANT TO CUT CONNECTION US... I have think about this very cook.... I know i clap one hand only...Correctly, i have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back... I don’t trust you again!!!My Friend speak you play three wood...

Now i know you correct correct play three wood. so, i break off to pull my body from this love triangle.I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far from here….Safe live……

Tijah

Dengan bangga nya Kiah memberi surat yang telah di Translate itu kepada Tijah...Kemudian mereka berdua pergi ke pajabat pos untuk mengirim surat itu kepada Bf mat salleh Tijah... dan Tijah sangat terhutang budi dengan Kiah kerana membantunya menulis surat itu...

Thursday, November 25, 2010

To My Beloved Future Husband

To my beloved future husband,

Hingga ke hari ini saya tidak tahu awak dah muncul dalam hidup saya atau belum…Bila kita jumpa nanti terima kasih kerana memilih saya dari berjuta bidadari di luar sana….Ketahuilah, saya bukan insan yang begitu sempurna dan sejujurnya penuh kekurangan….buat apa nak hipokritkan…kalau saya tak bagitau sekarang, lama-lama awak tau jugak kan… saya harap awak dapat mencintai kukurangan saya dengan penuh iklhlas… dan awak pun bukan la begitu sempurna…nobody perfect….Dan saya harap ketidaksempurnaan saya mampu menyempurnakan diri awk….kelak, awak dan saya akan menjadi ‘kita’…
Insyaallah~

My beloved future husband,

for your information, saya hidup dan dibesarkan dalam family yang bahagia, dengan penuh cinta serta kasih sayang…so, bila awak pilih saya untuk jadi teman hidup awk..Maka saat itu mereka berharap awak sanggup menjaga dan milimpahkan cinta awak pada saya sepenuh hati...

To my beloved future husband,

Saya tahu, awak memilih calon isteri setelah saya di short listed kan dengan 4 perkara, kerana agama,harta,keturunan dan kecantikan....
For sure saya beragama islam... Jadi, bimbinglah saya ke jalan yang satu, Jalan yang lurus walau jauh beribu batu…..so, setakat nk jadi imam untuk saya tak ada masalah kan… Paling tidak surah-surahJuz Amma pun jadilah.jangan la pula awak tau qunut pendek dan qunut panjang je…saya nak qunut lengkap,ok?

Jika harta yang awk mahukan, maka ketahuilah saya bukanlah orang kaya... Jika keturunan yang awak persoalkan, ketahuilah bahawa saya hanyalah manusia biasa dari keluarga yang biasa pula... Namun apa yang pasti... saya dari keturunan yang mulia, ayahanda adalah Nabi Adam as dan bunda Siti Hawa as.

Jika kecantikan yang awak dambakan saya tidak secantik erra fazira mahupun fasha sandha sebab diorang banyak duit, boleh pergi beauty treatment, buat manicure, pedicure and etc etc.... dan sayang, saya tak akan sentiasa nampak cantik di mata awak… Adakalanya awak akan melihat sy begitu jelik, mungkin kerana saya begitu sibuk menyumpurnakan bahtera kita nanti sehingga tidak sempat untuk pergi ke saloon or spa macam before kawin….

To my beloved future husband,

Secara jujurnya saya memang tak pandai masak… Setakat masak untuk diri sendiri tu lepaslah... Tapi, sayang jangan risau saya akan make sure sebelum kite jumpa, saya akan pndai masak... Tunggu ye saya berguru dengan chef wan.. Tapi nanti kalau terkurang garam ke,gula ke... Awak tegur la saya baik-baik ye…jangan la marah-marah saya…nanti kalau saya merajuk lari rumah mak, awak juga yang susah nak pujuk saya...

To my beloved future husband,

Untuk pengetahuan awak saya tak la demand untuk mintak itu dan ini dari awk....bukan saya nk minta rumah banglo kat Damansara Height ke...sebijik lamborghini murcielago ke, sebijik ferrari enzo ke...saya tak mintak suma tu janji kite hidup sederhana tapi kaya dengan kasih sayang dan cinta...awak...apa yang saya minta, jaga saya,bimbing saya, jujur dengan saya dan tak payah la gatal-gatal nak cari orang lain, ok...

To my beloved future husband,

Ketahuilah, saya tak sesabar siti Fatimah, ada kalanya awak akan melihat saya begitu marah, menangis dan yang tak terkontrol,biasa la hati perempuan kan lembut…itu lumrah, bukan saya mengada-ngada ok... Dan kerana saya hanya wanita biasa yang penuh dengan emosi... Maka, bersabarlah dengan perangai saya...Ketahuilah, saya tak sepandai siti aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajar saya, membimbing saya ke arah-Nya, walau kadang saya begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajar saya wahai suamiku.

My future husband,

Sampai sini jelah surat dinda buat kanda,
Lastly, sorry ye kanda jika dinda terkasar bahasa... hope to see u soon…

with Luv,
Liz TahirShah