Wednesday, December 15, 2010

Di mana cantik nya seorang wanita di mata lelaki?

Di mana cantik nya seorang wanita di mata lelaki?
cantik?bagi aku definisi cantik sangat subjektif...tak semua yang aku nampak cantik...cantik di mata kamu.....Contohnya, ada seorang teman aku cakap Lisa Surihani lagi cantik dari Heliza af...tp sebaliknya di mata aku...Heliza lagi cantik...so, benda ni pendapat masing-masing....
adakah cantik di ukur dari sepasang mata yang cantik?yang bundar?redup setiap mata memandang?atau jelingan yang menusuk kalbu?mungkin juga di ukur dari bibir yang cantik menawan yang sentiasa menguntum senyuman kepada si dia...atau mugkin pada suara yang merdu bak buluh perindu??Apa yang pasti setiap wanita mempunyai keistimewaan masing-masing..
Dan sesungguhnya juga wanita itu diciptakan Allah S.W.T penuh dengan keindahan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ok, kt sini aku nak share beberapa tips untuk kite sama-sama kelihatan cantik.....


Kalau Kita nak bibir yang seksi menawan....
Tak payah pkai lipstik ( tapi kalu nk pkai lips ice pon bole...~ (,"))
First....kita kena selalu lah memberi ucapan yang baik-baik....kata-kata yang baik tu akan sendiri nya membentuk peribadi kita...dan orang akan nampak kita cantik...


Inginkan mata yang cantik menawan dan indah
Bukan hanya mencalit eye shadow or eye liner.. tapi sebenarnye adalah dengan mencari dan memandang kebaikan....Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia...kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat datang....sebab tu ada pepatah cakap, "Dari mata turun ke hati ".


Nak dapatkan bentuk badan yang langsing dan menawan. ..
bukan dengan berdiet semata-mata or ikut sesi pelangsingan badan...
(tapi kalau banyak duit, and tak tahu nak watpe dgn duit tu...ape salahnye..hehehe)
Ok,Kalau kite berdiet,tak salah pun...Janji tak memudaratkan diri kita. Tapi...apa kate kite sedekahkan makanan kita pada orang yang kelaparan dan lebih memerlukan...


Kuku yang cantik berseri...
kalu nak kuku berseri, tak payah g manicure or padicure....or pkai pewarna kuku yang ntah ape-ape tu....ingat cantik sangat??kalau nak kuku yang cantik tu....potong la setiap ari jumaat...

Sabda Rasulullah s.a.w, barang siapa yang memotong kukunya pada:

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Lastly, sebenarnya...kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya...Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwa dan hatinya,...yang penuh denagn kasih sayang, perhatian dan cinta ....Percayalah dan Yakinlah...Kita semua cantik...peduli orang kata~ <3

1 comments:

Unknown said...

di mana letaknya kekuatan lakmana hang tuaha...? di kerisnya ka, pada kekuatanya ka....? hahaha

Post a Comment